Surau As-Sobirin PV 10

الصابرين PV 10, Danau Kota, Setapak

Pengesahan Arah Kiblat

Posted by surauassobirin on 08/03/2010

السلام عليكم

Pegawai dari Pejabat Mufti WP Kuala Lumpur telah datang bagi untuk mengesahkan arah kiblat Surau As-Sobirin PV 10;

dibawah adalah gambarajah arah Kiblat;

Arah Kiblat disahkan oleh Pejabat Mufti W.P.

arah kiblat Surau As-Sobirin PV 10

Sekian
Terima Kasih
Advertisements

Posted in Surau Assobirin | Tagged: , | Leave a Comment »

Kelas Mengaji di PV 10

Posted by surauassobirin on 19/02/2010

Perhatian buat semua Muslim & Muslimah PV 10

Bersempena tahun baru hijrah dan juga masihi, pihak AJK Surau mengambil kesempatan untuk mempelawa kepada mana-mana ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke kelas mengaji.

Kelas mengaji ini adalah lain daripada yang lain kerana ianya menggunakan silibus dan juga Kitab Mantap Mengaji Al-Matien. Kitab ini adalah yang sama seperti kitab digunakan di dalam Rancangan Mari Mengaji di TV9. Al-Matien adalah kitab yang dikeluarkan oleh Telaga Biru dan ditulis bersama oleh Ustaz Zamri sendiri dan Ustaz Wahid.

Maka, kelas untuk mengaji ini dibuka pendaftarannya sekarang dan maklumat lanjut adalah seperti di bawah:-

Tempat            : Surau As-Sobirin; PV 10
Kelas               : 4 kali sebulan

Sesi 1
Ahad : 9.00 pagi – 11.00 pagi
Kelas Mengaji Al-Matein (pra-Al Quran)
Sesi 2
Ahad : 11.30pagi – 1.00 tgh
Kelas Al-Quran (Kanak-Kanak)

Bayaran : RM50 seorang / bulanan
Yuran lain : Pendaftaran RM20 setahun

Kitab Mantap Al-Matien : RM17.00 sebuah
*Rehal sila bawa sendiri

Untuk pendaftaran/maklumbalas atau pertanyaan boleh hubungi 019-3363676 (Saharizam)

Sekian

AJK Surau

As-Sobirin; PV 10

atau layari laman web:

http://kelas-mengaji-almatien.blogspot.com/

Posted in Surau Assobirin | Tagged: , , , | Leave a Comment »